Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Akukah Pejuang itu?

Imej
Jika semua pepasir enggan dipukul ombak, pasti tak akan terwujudnya pantai!  “awakla..” jawapan ringkas itu telah membuatkan aku berfikir sejenak. Terdiam. Perbualanku bersama temanku pada petang itu berkisar tentang perjuangan, berkisar tentang hidup bermujahadah. Melihat kepada senario kebejatan sosial masyarakat pada hari ini sudah membuatkan aku jadi risau, risau bagaimana generasi akan datang bakal menempuh kehidupan dalam dunia tanpa sempadan ini. Inilah realitinya, ikhtilat antara rijal dan nisaa’ bukan lagi suatu isu, bahkan jika dibangkitkan mengenai isu itu kita pula bakal disangkal dianggapnya berfikiran dangkal. Bukan sangkalan insan yang aku takutkan, tetapi maslahah yang aku perjuangkan, melihatkan yang lebih awla sementara mencari uslub yang mengena agar penyampaianku tidak terjera. Teringat aku akan kisah seorang sahabatku yang menegur seorang rakannya secara direct, kerana pada pandangannya perbuatan rakannya itu sememangnya wajar ditegur. Itu memang sifat