Empat Segi..

Empat segi atau segi empat? malas aku nak fikir benda alah ni. Korang rasa kalau jiwa cukup anarkis maka, dipersilalah untuk menyantap satira ini Namun, jika jiwa xcukup mantap dan asyik tersentap-sentap maka, dipersilakan juga untuk berambus dari sini.. haha. Salam :)

Bab 1
2009
            Dah hampir setengah jam kenderaan langsung tak bergerak, dah macam jam kat KL pun ada jugak. Kim melihat jam di tangan, sepatutnya pukul 3 dah boleh sampai sebab bas tak gerak-gerak, mungkin boleh lajak sampai pukul 7 malam. Dari dalam bas boleh nampak ada polis dan kereta peronda dok parking tepi jalan. ‘Ada accident ke?’ tapi kalau accident apasal tak ada pulak ambulance? Lepas hampir empat puluh lima minit baru sedikit demi sedikit bas bergerak. Cis! Rupa-rupanya tadi ada menteri masuk kampung patutlah rakyat kena beri ‘salam hormat’. Selamat datang ke Malaysia.

            Dua hari singgah kat rumah member lama, yang baru kahwin muda kat Bukit Gantang. Kebetulan sungguh masa tu tengah hangat kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, yang melibatkan juga tiga dun iaitu Changkat Jering, Kuala Sepetang, dan Trong. Parlimen yang bagi aku sangat kontroversi mana tak nya sorang ahli dewan undangan negerinya Osman Jailu lompat parti bersama dua lagi sahabatnya menyebabkan negeri Perak ni jadi haru biru kelabu serta merta. Isu derhaka, kerajaan bawah pokok aku ingat akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah politik negera yang tak akan ada dalam buku teks sekolah.
            Memang best jalan-jalan kat tempat orang berkempen ni, selalunya akan dapat makan free bermula hari penamaan calon sampai lah ke hari terakhir berkempen. Cekang perut weh. Aku jalan-jalan petang tu kat Simpang, terkejut jugaklah bila tengok beberapa mamat tionghua gigih memasang bendera bulan bukan bendera roket. Aku rasa tanpa perlu berteka-teki nujum Pak Belalang pun, semua orang tahu pihak mana yang akan menang pilihan raya kecil ni.

            Bas melalui jalan yang di kiri kanannya terdiri deretan kedai-kedai. Aku menanggalkan headphone dan disangkutkan ke leher. Dipandang permandangan marhein itu. Kalau tadi ada kereta pembesar yang berkilat-kilat melalui jalan ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tapi yang aku lihat kini, realiti masyarakat petani, pelaut yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup berkayuh basikal entah hanya dalam mimpi sahaja dapat naik proton itu pun mimpi yang terganggu di tengah pagi bila ada anak yang merengek lapar, menangis sakit tapi duit tak ada nak beli ubat.

            “Pak Cik agak-agak pukul berapa sampai KL ni?”, soal aku yang sudah duduk di tepi drebar bas yang umurnya mungkin dalam lingkungan 50an. “Dalam pukul 7 la kot, tu pun kalau tak jam teruk KL nanti”. Pak Cik tu nampak peramah nama dia Pak Amat, katanya dah dua puluh lima tahun kerja bawak bas. Dulu muda-muda keluarganya miskin, walau minat setara mana pun belajar tapi bila sampai darjah tiga terpaksa juga berhenti sebab terlalu miskin. Kata bapak Pak Amat, sekolah cukuplah sekadar tahu membaca dan mengira supaya tak kena tipu dek orang asing. Aku dengar rasa nak tepuk dahi pun ada, sebab apa? Sebab yang menipu bukan orang asing pun tapi kebanyakkannya serumpun, sedarah sedaging. Aku tak jadi tepuk dahi sebab rasa tak molek pula lagipun bapak Pak Amat dah pun ‘selamat’.

            Pensyarah aku pernah cakap dalam kelas “kamu ini sangat beruntung, dapat masuk university. Kamu jangan ingat kamu pandai, sebab ramai lagi orang yang lebih pandai daripada kamu kat luar sana tu tapi tak bernasib baik untuk masuk universiti”. Aku setuju sangat dengan kata-kata professor aku tu. Yelah, ramai yang ingat bila dah masuk menara gading ni dah dikira berada di puncak kejayaan la kot sedangkan ini baru garisan untuk satu perlumbaan. Bercinta, bergewe tu dah jadi agenda utama pelajar-pelajar university. Kalau dulu waktu lepas dapat result SPM punya la risau kalau tak dapat masuk U, solat hajat buat hari-hari, tapi bila dah dapat nak jumpa tikar sembahyang pun hujung-hujung waktu.
            Pak Amat buka radio sinar fm. Lagu-lagu rock 90an diputarkan oleh deejay radio. Aku pasang balik headfon kat kepala, sorry tak layan lagu Melayu. Tak sedar waktu mana aku dah tertidur. Tup tup bas dah sampai kat Pudu. Aku turun bas. Dusshh! Cis! Dah la duk pening-pening lalat, kena langgar dengan mamat mabuk mana pula ni. Aku bangun sambil mengibas-ngibas belakang seluar. “Woi! Buta ka?”, lelaki itu menunduk-nunduk beberapa kali macam dah patung cendena Jepun dah aku tengok. “Sorry, bro. Sorry sorry”, kemudian berlalu pergi tetap berlari tanpa menunggu kata keampunan dari aku.
           
Dah seminggu masuk berkuliah untuk semester terakhir. Katil kosong kat dalam bilik aku masih tetap kosong, tadi ada orang pejabat datang cakap akan masuk seorang junior jadi room-mate aku. Aku dok landing-landing atas katil sambil membaca baca buku pasal perang salib. Aku ni memang suka membaca, pernah orang rumah aku Hatim basuh aku ‘kaw-kaw’ sebab aku baca bible. Dia kata aku ni nak murtad. Gila bangang. Baca buku pun boleh rosak akidah ka? Masuk night club tak pulak? Membaca la boleh tambah ilmu, jadi perisai dari dakyah kristianisasi ni. Inilah masalah terbesar masyarakat negara ni, bila dengar tentang sesuatu rumor bukan nak kaji dulu, terus percaya. Dah tu sampai sekarang masyarakat terima natijahnya.

Hadoi.. tapi aku tak kisah pun dengan bebelan Hatim, dia pun dua kali lima sepuluh je. Tiap-tiap bulan asyik tukar pasangan, nak kata munafik nanti meradang pulak. Kalau la ada insan macam Abu Hanifah al-Yamani yang boleh sensor kenal geng-geng munafik ni konfem dah kena pancung dah si Hatim ni.  
     
            “Krek..”, pintu dikuak dari luar.




bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Road Not Taken by Robert Frost

I Don't Love You - My Chemical Romance

Kem Cemerlang Akademik dan Sahsiah di Kurau Stone