Hafalan Solat Delisa - Tere Liye

Assalamu'alaikum wtb
 kali ni admin nak kongsikan cerita tentang sebuah novel yang bagi admin sangat, sangat, sangat memberikan kesan kepada admin selepas menbaca novel ini. 'Hafalan Sholat Delisa' yang dikarang oleh penulis dari Indonesia Tere Liye.

Hafalan Sholat Delisa - mengisahkan bagaimana malapetaka yang menimpa yang telah meragut nyawa ibu, serta 3 orang kakak Delisa. Delisa namun, tidak terhanyut dengan kesedihan bahkan menjadi sumber inspirasi buat insan-insan lain yang turut kehilangan insan tercinta.

penulis berjaya menyentuh jiwa admin dengan dialog-dialog polos seorang anak kecil yang bagi kita biasa-biasa namun, nyata ianya sungguh luas biasa

 "Delisa, cinta umi kerana Allah", ujar anak kecil itu kepada uminya usai solat subuh, Salamah. Salamah nyata tidak mampu menahan sebak mendengar ucapan puteri bongsunya.

Pengakhiran cerita ini penulis tinggalkan dengan scene 'unended' story, apabila Delisa telah berjumpa dengan rangka ibunya dan kemudian rebah. Oh, lupa pula.. dalam cerita ini Delisa telah kehilangan sebelah kakinya akibat jangkitan kuman ketika hanyut di bawa arus Tsunami.


Admin bagi 4.5/5 untuk novel ni.. sebab memang best! walaupun bukan genre cintan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Road Not Taken by Robert Frost

I Don't Love You - My Chemical Romance

Kem Cemerlang Akademik dan Sahsiah di Kurau Stone