KomiKlopedia
BAB
1:
Hana
membetulkan tudungnya, tudung labuh bidang 60 berwarna merah darah itu sangat
sesuai dengan kulitnya yang tak berapa gelap dan tak berapa cerah tu, ala
standard kulit orang Malaysia.
“ma..
i’m going out”, pekik Hanna dari depan ruang tamu sambil menyarungkan stoking
berwarna skin ke kaki kirinya.
“nak
keluar dengan sapa?”
“mimi,
shia ngan izzah”, jawab Hanna sambil tangannya melirik ke arah jam di tangan
kirinya. Jam tangan berjenama quartz hadiah daripada Naufal adik bongsunya yang
senget, hahaha.. katanya Hanna selalu tak tepati masa jadi dia hadiahkan Hanna
jam tangan supaya Hanna lebih menghargai masa.
“ponnn..ponn..ponnn”,
kedengaran hon kereta savvy Shia di depan rumah Hanna.
“okei
ma.. Hanna gi dulu”, kelam kabut Hanna menyalami Puan Aisyah. Segera mencapai
sneaker yang terletak dalam almari kasut. Kasut sneaker sentiasa menjadi
pilihan Hanna biarpun berbaju kurung, mudah katanya nak berlari nak berjalan.
Kalau kasut perempuan leceh sebab bertumit dan banyak aksesori. Maaf jangan
terasa sebab inilah taste Hanna.
“Hanna
jangan lupa..”
“ye
ma, tak lupa solat”, ujar Hanna tanpa sempat puan Aisyah menghabiskan
kata-katanya. Sambil melambai-lambaikan tangan sempat lagi menghadiahkan flying
kiss.
“dannnnnggg!!!”
“aduss
sakitnya”, ranget Hana mengosok-gosok kepalanya yang terhantuk pagar rumahnya
sendiri. Shita, Mimi, dan Izzah sudah siap ketawakan Hanna.
‘hampeh..
bukan nak tolong simpati.. bagus punya ukhwah fillah’, ngomel Hana di dalam
hati. Puan Aisyah menggeleng-gelengkan kepalanya. Agaknya bilalah Hana akan
berubah menjadi matang sesuai dengan umurnya?
“assalamu’alaikum
syah, you free tak hari ahad ni?”
“wa’alaikumussalam,
Imah kenapa yea?”, soal Puan Aisyah kembali. Pelik dengan tiba-tiba pula
menerima panggilan daripada Dr. Rahimah atau lebih akrab dipanggil ‘Imah’ yang
sememangnya terkenal dengan kesibukan seorang doktor pakar neurologi.
“emm..
ingat nak datang rumah lah Syah”
“macam
ni jelah Syah, biar I berterus-terang sebenarnya, I berkenan sangat dah dengan
anak You tu.”, ujar Dr. Rahimah berterus-terang enggan berdolak dalih.
“anak
I yang mana tu?”, soal Puan Aisyah kembali. Anaknya semua empat orang, dua dah
selamat kahwin yang tinggal si Hana dengan si Naufal. ‘ehh.. takkan Hana kot’,
teka Puan Aisyah di dalam hati.
“haa..
yang namanya Hana tu..”, hampir terkena serangan jantung Puan Aisyah dibuatnya.
Hana!
“hahahaha...
you biar betul Imah?”, respon Puan Aisyah masih menganggap Dr. Rahimah bergurau.
‘hoho..biar betul. Si Hana.. anak bertuah aku tu.. mau tunggang langgang hidup
anak teruna kau Imah’, bisik Puan Aisyah sekadar di dalam hati. Bukan hendak
memburukkan anak sendiri namun, dia lebih kenal luar dalam anak gadisnya itu.
Macam kartun! Minat anime.. perangai mengalahkan budak tadika, haishh.. pernah
jadi satu masa dulu Hana berebut remote tv dengan cucunya Hakim yang berusia 4
tahun gara-gara nak menonton anime sedangkan Hakim nak menonton Mickey Mouse
“Akim
bak la kat Acik..”
“tak
boyeh.. nak tenok Miti”, Hakim dengan bahasa pelatnya menyorokkan remote
control di belakang tubuh kecilnya. ‘Ishh... budak kecik ni dah la cakap pun
tak terus..’, ngomel Hana dalam hati
“eii..
apalah Akim ni.. tengok Mickey. Mana best”
“Acik
dah beca mana boyeh tengok katun dah..”, perebutan itu akhirnya berakhir dengan
tangisan Hakim. Siapa yang buat? Siapa lagi..
“hello..hello..”,
terdengar suara Dr. Rahimah dihujung talian.
“ohh..
ya Imah. Okey datanglah”, Puan Aisyah yang tersentak terus bersetuju, hanya
selepas itu dia menyesali persetujuannya.
“okey
kalau macam tu ahad ni yea.. I datang pagi dengan anak teruna I”, selepas
memberikan salam talian dimatikan. Puan Aisyah masih mengengam ganggang
telefonnya.
Terbayang-bayang
reaksi si Hana jika tahu ada yang datang nak merisik. ‘haisshh tak boleh jadi
ni kena berbincang dengan Encik Nasril nih..”, Puan Aisyah berharap perbincangannya
dengan suaminya nanti akan memberikan pencerahan buat dirinya yang sedang blur
tika itu.
“Hana
kau nak pergi mana tu?”, soal Shita. Mereka sepatutnya pergi menonton wayang –
suatu aktiviti yang paling tidak disukai Hana. Tempat maksiat katanya. Apa-apa
jelah ustazah Hana.
“aku
nak ke kedai buku jap.. jumpa korang kat kedai waffle tepi tangga tu nanti bila
dah habis yea. Ok bye”, tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada sahabat-sahabatnya
Hana sudah berlari-lari anak. Hilang di balik orang ramai. Shita, Mimi, dan
Izzah temanggu seketika. Ahh.. sudah kebiasaan Hanna memang begitu, di awalnya
setuju bila dah sampai di tempat kejadian lain pula jadinya. Pasrah sajalah..
Hana
melangkah masuk ke kedai buku MyStore, bau helaian kertas yang sudah sebati
dengan udara dingin air-cond begitu mengujakan hati Hanna. Kalau diikutkan hati
mahu saja diborongnya satu kedai. Tapi kata Puan Aisyah, beli yang nak baca
saja!
“okei,
ma..”
Seperti
biasa rak pertama yang akan dituju oleh Hanna ialah rak komik! Dicapai beberapa
buah komik antaranya ‘Ikhtiar Hidup’, Hana sangat sukakan komik genre itu
kerana selain watak-watak yang comel, komik itu juga bersifat ilmiah dengan
penerapan ilmu sains juga ianya komik yang berwarna! Uhh.. Hana, Hana.
“Uihh..
dah besar-besar pun baca komik lagi ke? Buat lawak betol”
Berdesing
telinga Hana apabila mendengar kritikan yang entah datangnya dari mana tu.
“umur
dah boleh kahwin.. tapi tabiat macam budak-budak”
Aishh..
ada lagi, tak boleh jadi nih. Hana segera mencari punca datangnya suara bingit
itu. ‘itu dia.. mamat bajet bagus!”. Hana segera menapak mendekati seorang
lelaki yang berkemeja hitam berseluar slack, dari belakang nampak macam orang
berkerjaya je! Memang sah bajet bagus! Tunggu kau!
“ehem..
ehem.. assalamu’alaikum encik”, lelaki itu berpaling di tangannya terdapat buku
tulisan John Gray – Men Are from Mars, Women Are from Venus.
“saya?”,
soal lelaki terbabit. Hana sekadar mengangguk kepala. Mukanya tika itu merah
padam menahan marah. Barangkali sudah semerah tudung yang dipakainya.
“ye”,
lelaki itu jungkit bahu, keningnya terangkat.
“Maaf
tapi Encik boleh tak jangan bajet bagus sangat.. biarlah kalau saya dah tua
tapi nak bace komik ke nak tengok anime ke itu hak saya! Yang encik ni kenal
saya pun tidak tiba-tiba je nak perli-perli saya apa kes???”, lelaki di hadapan
Hana nyata kelihatan kebingungan.
“eh
mamat bajet bagus ni... Jangan nak buat muka toya kat sini. Nak kena penumbuk
ke?”, Hana sudah mengengam jemarinya membentuk gumpalan penumbuklah agaknya.
Uhh.. Hana, Hana macam betul-betul je lagaknya
“err,,
akak..”, tika darah Hana sedang membuak-buak, terdengar pula suatu suara
menyerunya dari belakang. Hanna menoleh, kelihatan seorang gadis bertudung
litup rona krim dengan sedozen komik diampu yang kedua-dua tangannya.
Tersenyum. Ahh.. ini macam petanda tak baik je nih!
“maaf
akak, saya rasa akak dah salah faham. Ini abang saya dan tadi dia tengah kutuk
saya sebenarnya kak.. kak mungkin tak perasan tapi tadi saya sedang cari komik
sebelah akak”, terang gadis itu membetulkan keadaan. Tersenyum jugak.
Ahhhh..
tidak!!! Mengapa keadaan harus dibetulkan?? Kenapa.. hanya Allah saja yang tahu
betapa malunya Hana tika itu.. mukanya merah padam. Bukan kerana marah lagi
tetapi menahan malu. Pelahan-lahan Hana berpaling ke arah ‘mamat’ yang agaknya
masih berdiri di belakangnya. Yup! Dia masih setia di situ, memeluk tubuh
sambil tersenyum. Buku di tangannya sudah diletakkan kembali ke rak buku. Wajah
Hana ditenung sambil tersenyum. Entahlah senyum sinis, mengejek atau senyum
kambing.
‘Hahaha..
aku dah kena troll ke apa ni??’, ujar Hana di dalam hati. Dia masih berharap
ini semua salah satu rancangan tv untuk kenakan orang.. ahh poyo! Ini semua
betul-betul berlaku!
“ohh..
maafkan saya.. err.. maaf.. maaf..”, Hana memohon maaf sambil mengundur ke
belakang. Tiba-tiba..
‘paaaapppppppppppppppppp’,
berterabur buku-buku yang sudah disusun jatuh bersepah ke lantai. Ohh.. what a
day! Spontan Hana tepuk dahi. Lantas mengutip buku-buku yang sudah berterabur
itu.
“haiya
miss, hati-hati maa..”, free je Hana kena sound dengan budak yang berkerja kat
MyStore tu. Hahaha.. dah la malu tadi pun belum reda ni ditambah pula dengan
yang terbaru! Dalam Hana menyusun kembali buku-buku tersebut ‘mamat bajet
bagus’ dan adiknya turut sama membantu.
“hmm..
next time hati-hati cik”, ujarnya lembut. Tersenyum. Haishh.. udah-udahlah
senyum tu, malu kot..
“assalamu’alaikum..”,
Encik Nasril memberikan salam seraya menapak masuk ke dalam rumah.
“wa’alaikumussalam..”,
jawab Puan Aisyah keluar daripada ruangan dapur sambil mendulang minuman
petang. Diletakkan dulang di atas meja ruang tamu kemudian menyalami suami
tercinta. Itulah rutin hariannya setiap hari sejak bergelar isteri kepada En.
Nasril sejak 30 tahun yang lalu.
“dah
solat?”, soal En. Nasril, Puan Aisyah mengangguk mengiyakan. Itulah salah satu
contoh kepimpinan yang wajib ada pada setiap ketuan keluarga iaitu mengutamakan
solat bagi setiap ahli rumahnya. En. Nasril juga mengamalkan usrah di dalam
rumahnya dan selalu menjadi imam solat maghrib jika tidak ke surau berdekatan.
“mama
kenapa nampak muram je ni..?”, soal En. Nasril lembut. Puan Aisyah menuang teh
panas ke dalam cawan di hadapan En. Nasril kemudian duduk di sisi suaminya.
“abang
ada masalah ni..”, En. Nasril mengambil cawan berisi air teh diteguknya pelahan
teh yang masih panas itu.
“tadi
kawan Syah call, alah Imah.. isteri Khalid”, terang Puan Aisyah sebagai
mukaddimah. En. Nasril mengangguk cuba menghayati kekalutan di hati sang
isteri.
“dia
nak datang ahad ni..”
“jadi
apa masalahnya mama, tetamu tu kan rezeki..”
“mmm..
memanglah rezeki. Tapi kali ni Imah nak datang dengan anak teruna dia abang..”
“maksudnya..?”
“dia
nak merisik Hana untuk anak lelakinya”
“hahahaha..”,
berderai tawa En. Nasril mengelirukan Puan Aisyah.
“abang..
kenapa ketawa pulak?’
“mmm..
baguslah. Memang dah layak kahwin si Hana tu, barangkali lepas kahwin matang
sikit anak kita tu mama”
“maksud
abang?”
“mmm..kadang
kala kita perlukan orang lain untuk melentur anak kita dan dalam kes Hana ni
memang dia perlukan seorang suami”
“tapi
kita tak kenal siapa anak Imah tu lagi bang..”
“iyaa..
abang pun takkan la semberono nak kahwinkan anak abang dengan lelaki yang tak
betol. Hmm.. kita ibu bapa kena main peranan, pastikan dia beragama.. tak pelah
nanti dia datang abang interview dia..”
“abang
biar betul ni..”
“hmm..
Hana sekarang umur berapa?”, soal En. Nasril.
“23..”
“mama
dulu kahwin dengan papa umur berapa?”
“err..
20”
“emm,
tengok dah lewat 3 tahun”, ujar En. Nasril tersenyum. Sebuah gurauan yang
mempunyai maksud yang sangat mendalam bagi yang memahami.
“assalamu’alaikum..
ma..”, Hana menapak masuk ke dalam rumah dengan wajah monyok. Tidak ada satu
buku pun yang dibelinya. Kasut sneakernya diletakkan kembali ke dalam almari
kasut.
“wa’alaikumussalam..
kenapa muka monyok je ni?”, soal Puan Aisyah. Hana menggeleng.
“Hana
dah solat anak papa..”, soal En. Nasril.
“dah
papa.. kat mall tadi”, seraya Hana menyalami En. Nasril. Begitulah didikan yang
diberikan sejak kecil oleh En. Nasril suami isteri kepada anak-anak mereka.
Hormat orang yang lebih tua tidak kira dalam apa jua situasi.
“papa..
mama.. Hana naik dulu yea.. nak mandi”, selepas meminta izin Hana segera
mendaki tangga ke biliknya di tingkat dua. En. Nasril dan Puan Aisyah saling
berpandangan. Jarang Hana ber’mood’ sedemikian, pasti ada yang tidak kena.
“mama
rahsiakan dulu pasal Imah nak datang rumah tu..”, pesan En. Nasril dan
isterinya sekadar mengangguk.
“hahahaha..
malunya.. malunya.. ya Allah...”, jerit Hana di dalam bilik. Badannya dihempas
ke atas katil empuk.
“taubat
nasuha aku tak pergi dah kedai tu.. ya Allah malunya..”

Ulasan
Catat Ulasan