KomiKlopedia
BAB
2:
Usai
solat maghrib yang diimamkan oleh En. Nasril tadi seperti biasa mereka
sekeluarga akan duduk di dalam satu bulatan kecil untuk berusrah. Selalunya En.
Nasril akan berkongsi ilmu yang diperolehinya daripada majlis menadah kitab
yang selalu di adakan di masjid-masjid. Usrah di dalam rumah En. Nasril hanya
diadakan dua kali seminggu iaitu setiap hari sabtu dan ahad, keran pada
hari-hari yang lainnya En. Nasril akan ke masjid bersama anak lelaki bongsunya Naufal.
selepas solat Isyak,
dan bersalaman dengan mama dan papanya Hana sudah ingin berlalu ke bilik. Dia
berasa sangat letih pada hari itu. Cuti semester yang baru bermula dan masih
berbaki 5 minggu sebelum dia masuk ke semester akhir pengajiannya dalam bidang Sains
politik.
“Hanna
tunggu kejap, Naufal pun tunggu dulu..”, ujar Encik Nasril lembut. Puan Aisyah
sudah setia berada di sebelah kanan suaminya. Memandang Hanna dengan seribu
satu makna. Hati Hanna seperti dapt mengagak something fishy nih! Hanna dan Naufal
sama-sama duduk kembali sambil jungkit bahu.
“mmm..
sedar tak sedar sudah besar anak-anak papa dan mama”, Encik Nasril memulakan
bicara. Hanna memandang wajah redup ayahnya, wajah yang ada mirip Mustapha
Kamal, pelakon tu kata teman-temannya Shia, Mimi, dan Izzah. Tapi bagi Hanna
papa tetap papa, dia satu dalam seribu – the best papa in the world!
“mama
dengan papa pun makin lama makin tua.. dh nak masuk usia pencen pun..”, Encik
Nasril memandang isterinya yang tersenyum halus di tepi.
“Hanna
tahun ni dah 23 tahun, adik pula dah 19 tahun.. papa rasa umur yang begini
pastinya kamu berdua dah boleh berfikir dengan matang insyaAllah”
“insyaAllah
papa.., dengan ilmu dan kasih sayang yang papa dan mama beri tu adik tak kan
sia-siakan. Betul tak kak Hanna?”, ujar Naufal. Hanna mengangguk setuju.
insyaAllah, biarpun berperangai gila-gila dan keanak-anakkan namun, Hanna
sentiasa memastikan yang setiap tindakannya tidak akan memalukan nama keluarga
dan yang paling penting tidak dimurkai Allah. Sebab papa dan mama selalu pesan
nak masuk syurga Allah perlu dengan tiket rahmat, tapi macam mana nak dapat
rahmat kalau Allah murka?
“Hanna..”,
lembut nama Hanna diseru, Hanna mendongak menatap wajah papa.
“esok
ada kawan mama datang nak merisik Hanna”, muka Hanna terus berubah “apa??”,
mulutnya terlopong terkejut bukan kepalang. Bukan Hanna saja, Naufall turut
sama terkejut.
“kak
Hanna ada orang nak? Biar betul..”, seraya itu satu cubitan halus hinggap di
lengan kiri Naufal. ‘hoi, agak-agaklah nak kutuk kakak kau yang comel ni’,
gerutu Hanna dalam hati. Naufal sudah mengaduh, alahai kesian pula melihat
lengan kiri adiknya yang sudah kemerah-merahan tu. Lantas Hanna mengusap lengan
Naufal “akak sorry ye dik”. Puan Aisyah dan Encik Nasril sekadar tersenyum
melihat telatah dua beradik itu setelah Suwaibah dan Ali Imran masing sudah
berkeluarga hanya Hanna dan Naufal sajalah yang menjadi periuh rumah teres dua
tingkat itu. Kebetulan Suwaibah mengikut suaminya menyambung pelajaran ke
Scotland manakala Ali Imran yang berkerja sebagai doktor telah ditugaskan ke
Terengganu, yang agak jauh jarak perjalanannya dari Perak.
“tapi
pa.. maa.. Hanna tak ready lagi..”, rayu Hanna memberikan alasan. Rasanya
alasan ‘tak ready, belum bersedia’ tu semua soalan klise anak muda zaman ini.
“nak
tunggu ready sampai bila Hanna?”, soal Puan Aisyah.
“sampai
habis belajar kot..”, Hanna tidak pasti, kerana ‘kahwin’ langsung tiada dalam
short-term planning yang dia sediakan. ‘ehh.. betul ke tak de eh?’
“yelah..
mama dengan papa pun tak suruhnya Hanna kahwin esok. Kalau dua-dua pihak
berkenan, bertunang dulu..”, usul mama. Hanna sudah panas punggung. ‘aishh..
mamat mana pulak la yang berkenan kat aku ni’, gerutu Hanna di dalam hati.
“tujuan
mama dan papa bagi tahu Hanna supaya Hanna dapat bersedia. Papa tak nak nanti
Hanna kata mama dan papa bermuslihat pula dan lagi satu papa tak nak Hanna buat
perangai. Ingat adab dan adat..”, Encik Nasril mengingatkan manalah tahu si
Hanna bukan boleh dikira sangat.
“maa..
paa.. dah tak sayang Hanna lagi ke?”, soal Hanna lirih bagaikan anak kecil
pula. Encik Nasril dan Puan Aisyah saling berpandangan. Mulalah tu Hanna..
“sebab
sayanglah kami nak buat yang terbaik untuk Hanna”, ujar Puan Aisyah.
“habis..
kenapa suruh Hanna kahwin? Tak boleh ke Hanna duduk rumah ni sampai bila-bila?
Teman mama.. papa..”
“mmm..
Hanna kalau dah kahwin pun boleh aje temankan papa dan mama. Cumanya, Hanna
sekarang dah dewasa.. Hanna perlu fikirkan masa depan Hanna, masa depan ummah,
agama..”
“tapi..”
“Hanna
berkahwin suatu sunnah, kata sayang pada Rasulullah s.a.w?”, pintas En. Nasril.
Hanna sudah hilang kepetahannya, mahu tidak mahu terpaksa dia menerima
‘rombongan merisik’ esok. Hanna sedih namun, dia cuba pujuk hatinya dengan
kata-kata papa “kata sayang rasul kan..”
‘okei..
positif Hanna! Tak semestinya kau mesti terima kan? Tengok dulu esok bagai
mana. Papa dengan mama pun tak akan memaksa kalau aku tak setuju.. hehehehe..’,
Hanna kembali tersenyum. Biarpun dia tahu, percentage untuk dia menolak
barangkali sangat tipis, biarlah yang penting harapan tetap ada kan!
Hanna
mengambil laptop di atas meja, dihidupkan dan dia segera log in ke akaun
blognya. Blog yang dibuka semenjak berada di semester 1 kini sudah mempunyai
1066 orang followers. Hanna menaip tajuk pada entri terbarunya “AKU SEBENARNYA
YANG BAJET BAGUS”
Ulasan
Catat Ulasan